Friday, September 13, 2013

Set Kehamilan Shaklee : Vitamin Ibu Hamil Terbaik Di Pasaran

"Liza, seronoknya..nak bagi tau ni, saya dah hamil 4minggu. Alhamdulillah. Eh nanti saya nak order set vitamin untuk ibu hamil tau. Nanti awak ceritakan detail dekat saya tau"

Insya allah, saya cuba bantu sebaik mungkin dalam memberikan cadangan vitamin ibu hamil melalui Set Kehamilan Shaklee ini.

Set Kehamilan Shaklee mengandungi beberapa jenis vitamin yang bakal membantu membekalkan vitamin, zat dan mineral kepada tubuh si ibu agar sentiasa rasa sihat, bertenaga, dan berseri-seri.

Ini adalah gambar Set Kehamilan yang lengkap.

Vitamin Ibu Hamil

Set Kehamilan Shaklee mengandungi Vitalea, Bcomplex, Chewable Vitamin C, Ostematrix, Omega Guard dan ESP.

Jom saya terangkan satu persatu khasiat dan manfaat setiap vitamin. Jangan lupa baca sampai habis ye. Kita mulakan dengan Vitalea dahulu.

Vitamin Ibu Hamil

Vitalea, multivitamin terbaik dengan zat besi. 
  • Ia memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. 
  • Membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. 
  • Sangat membantu ibu yang mengalami masalah 'low HB'.

Vitamin Ibu Hamil

BComplex, sumber asid folik terbaik untuk ibu hamil.
  •  Mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
  • Sangat penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala. 
  • Membantu tubuh ibu menjana tenaga dan menjadi lebih cergas


Vitamin C,
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
  • Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Vitamin Ibu Hamil

Omega Guard, minyak ikan terbaik daripada Shaklee.

Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Bermanfaat untuk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Membantu pembentukan sel otak bayi dalam kandungan.

Vitamin Ibu Hamil

Ostematrix, Sumber Kalsium dan Magnesium dilengkapi Vitamin D.

  • Membantu pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
  • Ibu hamil memerlukan 1000mg – 1300mg kalsium sehari untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat. 
  • Membantu mengurangkan sakit belakang, 'cramp' (simpul biawak) dan kebas-kebas yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.
Vitamin Ibu Hamil

ESP, suplemen protin yang dihasilkan dari sumber NON GMO.
  • ESP membantu perkembangan fetus
  • Membantu menguatkan rahim ibu hamil dan mengelakkan risiko keguguran diawal kehamilan.
  • Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum, serta menyediakan badan ibu ke arah penyusuan. 
  • ESP juga membekalkn tenaga yg lebih lama. Tubuh ibu akan rasa kurang letih & lebih bertenaga.
Ibu hamil boleh berbincang dengan Doktor masing-masing untuk tidak mengambil vitamin dari klinik/hospital apabila telah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee ini.
Ibu tak perlu lagi mengambil obimin dan asid folic yang dibekalkan oleh klinik jika anda mahu mengamalkan vitamin Shaklee sepanjang tempoh kehamilan. Set ini sudah lengkap, nyata selamat dan berkesan, jadi tak perlu ragu lagi tentangnya.

 (✿◠‿◠) sayang sokmo
Lydzar Rusman | lydzar@gmail.com
013 3583424
http://hamilatoz.blogspot.com | Hamil A to Z     

No comments:

Post a Comment