Monday, September 16, 2013

14 Tips Cepat Hamil, Jika Anda Ingin Menimang Cahayamata Sendiri

Assalamualaikum buat semua blogreader Hamil A to Z.

Kali ni saya nak share tentang Tips Cepat Hamil yang boleh anda cuba dan lakukan dengan rutin dalam proses anda dan pasangan untuk hamil. Iringi tips cepat hamil ini dengan doa juga ya ....

Vitamin Ibu Hamil Vitamin Kesuburan


1. Posisi ketika melakukan hubungan seks: 
Tidak semua posisi bercinta boleh memberi peluang yang sama untuk terjadinya persenyawaan . Kedudukan yang paling membolehkan agar sperma boleh berenang melintasi rongga rahim menuju saluran falopio yang ada di seberang rahim adalah kedudukan mubaligh . ( Suami diatas )

2. Berbaring dulu : 
" Satu nasihat yang bagus untuk berbaring selama 10 - 15 minit selepas seks , tetapi anda tidak perlu mengangkat kedua kaki, " kata James Goldfarb , MD, Pengarah Klinik Kesuburan Cleveland,

3. Nikmati seks: 
Mulakan menikmati hubungan seks tidak sebagai usaha untuk pembuahan tapi juga kerana anda berdua menikmati dan selesa melakukannya.

4. Frekuensi hubungan seks : 
Idealnya adalah kira-kira 2-3 kali seminggu

5. Catat masa subur : 
Bagi anda yang kitaran haidnya teratur akan lebih mudah mengira masa subur . Bagi wanita dengan kitaran haid rutin 28 hari, kira hari ke- 12 dan pada bila-bila hari sehingga hari ke 16. Bermula dari hari pertama haid ya

 6. Ukur suhu basal tubuh : 
Suhu tubuh yang normal antara 35.5 - 36 darjah celcius. Pada masa ovulasi , suhu badan akan turun lalu naik menjadi 37 - 38 darjah.

7. Ujian kesuburan :
Gunakan kit UPT (urine pregnancy test) iaitu alat pengira masa subur yang dijual di farmasi. Alat ini akan mengukur kadar hormon LH pada air kencing yang biasanya berlaku sebelum ovulasi. Waku yang paling tepat untuk melakukan ujian kesuburan adalah pada waktu pagi.

8. Gaya hidup sihat:
Banyak kajian membuktikan bahawa merokok boleh mengurangkan kesuburan. Kebiasaan merokok mengakibatkan saluran telur tersumbat sehingga perjalanan sperma bertemu sel telur terbantut.

Gaya hidup lain yang patut anda elakkan adalah pemakaian ubat- ubatan secara sembarangan serta minuman beralkohol secara berlebihan.

9. Senaman dan olahraga
Jika anda ingin hamil, kerapkan sesi senaman anda. Contohnya pergi berjalan kaki tiga kali seminggu selama 30 minit.

10. Jaga berat badan 
Miliki berat badan ideal sesuai dengan body mass index (BMI). Berat badan berlebiha menjadi salah satu faktor sukar untuk hamil.

11. Cek Lendir : 
Jika terdapat cecair serviks (cervical mucus) di faraj anda , itu petanda anda berada dalam puncak masa subur dan menjadi masa yang paling tepat untuk melakukan hubungan seks.

12. Jauhi pelincir
Pelincir mengandungi komponen -komponen yang boleh merosakkan sperma dan ia tidak digalakkan untuk pasangan yang ingin mempunyai anak menggunakannya.

13. Rileks dan bebas stress
Cuba sedaya upaya untuk kekal dalam keadaan gembira dan bebas stress. Hati yang gembira akan mengurangkan stres dan akan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

14. Segera berjumpa doktor! 
Jika kita sudah cuba cadangan-cadangan di atas namun selepas 1 - 2 tahun masih belum berjaya untuk hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengesahkan tiada sebarang masalah kesuburan.

Semoga Bermanfaat ...

No comments:

Post a Comment