Tuesday, September 17, 2013

5 Cara Semulajadi Meningkatkan Kesuburan Wanita

Kesuburan adalah istilah penting bagi setiap pasangan yang telah bernikah. Apabila suami dan isteri berada ditahap subur, ia akan memudahkan proses mendapatkan zuriat.

Set Kesuburan Wanita


Ketidaksuburan boleh terjadi dari pihak suami, atau pihak isteri, atau juga kedua-dua pihak suami dan isteri. Tapi dalam post ini, saya akan fokus kepada cara semulajadi meningkatkan kesuburan wanita sahaja.

Jom kita baca!

1 . Jaga Berat Badan

Terlalu gemuk atau terlalu kurus akan menimbulkan gangguan proses ovulasi. Menurut kajian, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17% hingga 21% agar dapat berovulasi secara teratur. Wanita yang terlalu kurus atau terlalu gemuk yang kitaran haidnya tidak teratur dapat menjadi lebih teratur dan subur dengan memperbaiki berat badan mereka.

2. Pilih Makanan Organik

Pelbagai kajian menunjukkan pengaruh negatif racun serangga dan racun perosak terhadap hormon progesteron. Progesteron adalah hormon yang berfungsi menghasilkan dan mematangkan sel telur serta menyediakan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesteron , tidak mungkin terjadi kehamilan.

3. Perbaiki Pola Pemakanan

Kekurangan sejumlah vitamin dan mineral akan mengurangkan kesuburan. Vitamin C, E dan B kompleks (terutamanya B6 ) sangat penting bagi pembentukan dan fungsi hormon. Banyakkan makan buah- buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin dan mineral serta biji- bijan yang mengandungi lemak seperti soya dan kacang tanah.

Makanlah dengan pola makan seimbang dalam komposisi protein , karbohidrat dan lemaknya . Makanan yang tidak seimbang , misalnya terlalu banyak lemak, akan mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

4. Kurangkan Stress

Kurangkan beban fikiran yang menimbulkan stress dengan memperbanyak rekreasi, rehat dan senaman. Stress boleh membuat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh sehingga menyulitkan proses ovulasi.

5. Makanan Tambahan (Suplemen) / Jamu

Beberapa jenis suplemen / jamu dipercayai dapat meningkatkan kesuburan. Sebahagian orang Jawa percaya bahawa kunyit dan asam dapat memperbaiki fungsi organ pembiakan wanita. Madu dan bee polen juga diyakini mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat bagi kesuburan wanita. Orang Cina mempunyai ramuan akar Dong Quai ( Ginseng Wanita) yang menguatkan rahim dan melancarkan kerja hormon.

Namun, hati -hati bila mengambil jamu tradisional, kerana cara proses tidak bersih sehingga mengandungi aflatoksin (racun dari cendawan tepung yang boleh menyebabkan gangguan fungsi hati / kanser hati

Semoga perkongsiap tips dan cara semulajadi ini membantu anda meningkatkan kesuburan sekaligus memberi peluang kepada anda untuk hamil.

 (✿◠‿◠) sayang sokmo
Lydzar Rusman | hamilatoz@gmail.com
013 3583424
http://hamilatoz.blogspot.com | Hamil A to Z    

No comments:

Post a Comment