Tuesday, September 10, 2013

Cara Merancang Kehamilan : Senarai Semak Untuk Kehamilan Sihat.

Jika anda adalah pasangan yang sedang merancang untuk hamil, naahh terdapat cara merancang kehamilan yang saya mahu kongiskan di sini. 

Jika anda dan pasangan sentiasa mahukan kehamilan sihat, anda perlu semak dan tandakan beberapa senarai semak ini. Ianya penting bagi memastikan kehamilan yang dirancang adalah kehamilan yang sihat tanpa risiko kesihatan yang lain. Senarai semak ini penting sebagai salah satu cara merancang kehamilan yang baik.

Buat appointment dengan Doktor anda jika ada sebarang petunjuk berikut merisaukan anda. 







Gunakan soalan berikut sebagai senarai semak sekiranya anda mahu 'conceive' atau mendapati anda telah hamil.

✎Adakah anda dan pasangan anda mempunyai sejarah penyakit keturunan?

Sekiranya anda atau pasangan mempunyai saudara rapat yang dijangkiti penyakit keturunan maka berkemungkinan juga penyakit itu akan diturunkan kepada bayi anda.
Jumpalah dengan Doktor sebelum anda hamil bagi mengetahui dan menjangka tahap risiko yang mungkin anda hadapi.

✎Adakah anda mempunyai sejarah perubatan jangka panjang?

Sekiranya anda mempunyai gangguan dari segi perubatan, contohnya penyakit kencing manis atau epilepsi, anda sepatutnya berbincang dengan Doktor sebelum anda hamil. Doktor mungkin akan prescribe dose ubat yang berbeza kerana ia mungkin mempengaruhi bayi anda atau akan mengakibatkan anda lebih sukar untuk hamil.

✎Adakah anda pernah atau mengambil kaedah perancang?

Anda perlu berhenti mengambil pil perancang untuk satu jangkamasa yang panjang sebelum anda bercadang mahu hamil supaya badan anda mempunyai masa untuk kembali ke kitaran normalnya. 

✎Berapakah berat badan anda?

Berat badan ideal adalah yang terbaik jika anda sedang merancang kehamilan. Jangan berdiet ketika hamil kecuali anda menghadapi masalah berat badan yang serius kerana ia mungkin menyebabkan badan anda kekurangan zat penting

✎Adakah anda makan dengan sempurna?

Pengambilan makanan seimbang dan segar akan meningkatkan peluang anda untuk hamil dan mendapat bayi yang sihat.

✎Adakah anda atau pasangan merokok atau minum minuman keras?

Kedua-dua amalan tidak sihat ini patut dihentikan oleh anda dan pasangan kerana tembakau dan alkohol mempengaruhi kesuburan lelaki dan wanita. Ianya juga akan memudaratkan bayi sebelum dan selepas dilahirkan.

✎Adakah anda kerap bersenam?

Amalan senaman dapat memastikan badan anda sihat dan cergas, sebaiknya anda bersenam walaupun yang ringan setiap hari.

✎Adakah pekerjaan anda memungkinkan anda menghadapi sebarang risiko?

Jika anda dan pasangan terdedah kepada risiko seperti sinar X, bahan kimia dan plumbum di tempat kerja, ianya akan mendatangkan risiko kepada bayi anda juga. Elakkan terlalu terdedah kepada unsur berbahaya seperti ini.

Senarai semak ini boleh digunakan oleh anda ataupun pasangan bagi memastikan tubuh anda 'fit' dan sesuai untuk proses kehamilan. 


Secara umumnya, apakah usia paling sesuai untuk anda merancang kehamilan?

Umur terbaik adalah ketika anda dan pasangan berusia dua puluhan, Risiko kehamilan meningkat apabila usia wanita mencecah 35tahun. Tetapi jika anda mengetahui cara merancang kehamilan dengan baik, masalah usia bukanlah faktor penting asalkan anda sihat dan cergas.

 (✿◠‿◠) sayang sokmo
Lydzar Rusman | lydzar@gmail.com
http://hamilatoz.blogspot.com | Hamil A to Z

No comments:

Post a Comment