Apakah vitamin pranatal ?
Makan makanan yang sihat adalah idea yang sentiasa bijak - terutamanya semasa mengandung. Ia adalah idea yang baik semasa mengandung dengan mengambil vitamin pranatal untuk membantu melindungi apa-apa jurang pemakanan dalam diet ibu.
Vitamin pranatal mengandungi banyak vitamin dan mineral. Antaranya asid folik, zat besi dan kalsium adalah amat penting.
Asid folik, besi, dan kalsium
Asid folik membantu mencegah kecacatan pada tiub saraf yang memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang.
Kecacatan tiub neural berkembang di dalam 28 hari pertama selepas persenyawaan, sebelum wanita itu tahu mereka hamil. Kira-kira separuh daripada kehamilan adalah tidak dirancang, jadi adalah disyorkan bagi mana-mana wanita yang boleh hamil mengambil 400 mikrogram ( mcg ) asid folik setiap hari , bermula sebelum persenyawaan dan berterusan untuk tempoh 12 minggu pertama kehamilan.
Seorang wanita yang telah mempunyai bayi dengan kecacatan tiub saraf perlu berbincang dengan doktor tentang sama ada dia mungkin perlu mengambil dos asid folic yang berbeza. Kajian telah menunjukkan bahawa mengambil dos yang lebih besar ( sehingga 4,000 mikrogram ) sekurang-kurangnya satu bulan sebelum dan semasa trimester pertama boleh memberi manfaat kepada wanita , tetapi anda perlu mendapatkan pandangan doktor anda terlebih dahulu.
Makanan yang mengandungi asid folik termasuk sayur-sayuran berdaun hijau , kacang , kacang, buah-buahan sitrus , dan banyak makanan yang diperkayakan . Walaupun begitu , ia adalah satu idea yang baik untuk mengambil makanan tambahan dengan jumlah asid folik yang betul, sebagai sandaran.
Kalsium juga penting bagi wanita hamil. Ia boleh membantu menghalang mereka daripada kehilangan kepadatan tulang sendiri, kerana bayi menggunakan kalsium dari tubuh ibunya untuk pertumbuhan tulang mereka pula.
Zat besi membantu menghasilkan darah bagi kedua-dua ibu dan bayi. Ia berfungsi membawa oksigen
Apa yang perlu dalam vitamin pranatal
Vitamin pranatal yang penting termasuklah:
400 mikrogram (mcg ) asid folik.
400 IU Vitamin D.
200 hingga 300 miligram (mg) Kalsium.
70 mg Vitamin C.
3 mg Thiamine .
2 mg Riboflavin.
20 mg Niasin.
6 mcg Vitamin B12.
10 mg Vitamin E.
15 mg Zink.
17 mg Zat Besi.
Dalam beberapa kes , doktor anda akan memberikan anda preskripsi untuk beberapa jenis vitamin pranatal.
Apa perlu anda buat jika vitamin pranatal Anda Menjadikan Anda loya
Sesetengah vitamin pranatal boleh menyebabkan wanita hamil menjadi loya . Jika ini berlaku kepada anda , berbincanglah dengan Doktor anda. Beliau mungkin boleh mengesyorkan anda vitamin pranatal yang lain - contohnya mungkin beliau akan cadangkan vitamin dalam bentuk cecair.
Showing posts with label Kehamilan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan Sihat. Show all posts
Friday, September 13, 2013
Wednesday, September 11, 2013
Makanan Untuk Ibu Hamil, Baik Untuk Ibu Baik Untuk Bayi
Pemakanan ibu hamil adalah topik yang agak penting jika anda mahukan kehamilan yang sihat. Biasanya tiada specifik makanan untuk ibu hamil, kerana ibu hamil sebenarnya boleh makan hampir kesemua makanan yang dimakan ketika dia tidak hamil.
Walaubagaimanapun jika si ibu bijak memilih makanan untuk ibu hamil, khasiatnya secara tepat akan turut tersalur kepada bayi dalam kandungannya.
Saya nak kongsikan panduan makanan ibu hamil yang sihat semasa mengandung dalam entry ini. Ianya juga berdasarkan pengalaman saya ketika mengandung dahulu.
1) Segera ke klinik untuk pengesahan kehamilan dan mengambil bekalan asid folik.
Asid folik sangat penting ketika di awal kehamilan kerana ia berfungsi membantu kita dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang. Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang. Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.
Tahukah anda B-Complex dan Vitalea membekalkan asid folic yang cukup bagi wanita mengandung sepanjang kehamilannya.
2) Makan sedikit tapi kerap.
Cara ini sesuai digunakan oleh wanita yang mengalami morning sickness. Supaya perut sentiasa terisi dan mengelakkan rasa mual dan pedih ulu hati.
3) Amalkan pemakanan yang seimbang.
Lengkap dengan karbohidrat, protin, lemak dan fiber. Ini kerana pemakanan kita berkait rapat dengan kesihatan bayi. Jika pemakanan dijaga, ia boleh menjadikan kita sebagai individu yang sihat, malahan bayi yang dikandung juga bakal menjadi seorang individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
4) Elakkan beberapa kategori makanan yang boleh memudaratkan bayi:
(✿◠‿◠) sayang sokmo

- Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
- Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
- Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
- Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
- Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
4) Elakkan beberapa kategori makanan yang boleh memudaratkan bayi:
- Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna
- Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Alkohol dan kafein
- Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur
5) Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai.
Vitamin dan mineral tambahan adalah satu jaminan untuk membantu memenuhi keperluan nutrien seorang ibu mengandung. Tanya pada Doktor tentang keperluan vitamin dan mineral antenatal anda.
Beberapa jenis vitamin dan mineral yang perlu dititikberatkan ketika sedang hamil adalah
Vitamin D : Terdapat kajian dari seorang ahli Ginekologi Jerman bahawa Vitamin D pada ibu hamil berguna sebagai antibodi untuk melawan penyakit tertentu. Manfaat ini turun akan dirasakan oleh bayinya nanti.
Zat Besi : Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan mengelakkan masalah Anemia dikalangan ibu hamil.
Kalsium Magnesium : membantu sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem muskular berjalan dengn lancar. Kalsium magnesium sangat penting semasa berada di trimester ketiga dimana pertumbuhan sistem skeletal bayi berada di waktu kemuncaknya.
Vitamin yang sesuai bagi wanita hamil yang berdepan dengan masalah diabetes, diabetis kehamilan, anemia.
Jadi kepada semua ibu hamil, perhatikan apa yang anda ada dipinggan anda. Pastikan ianya adalah berkhasiat bagi memenuhi keperluan nutrisi badan ibu sendiri, dan jangan dilupa anak didalam kandungan bergantung sepenuhnya pada apa yang ibu makan.
(✿◠‿◠) sayang sokmo
Lydzar Rusman | lydzar@gmail.com
013 3583424
http://hamilatoz.blogspot.com | Hamil A to Z
Tanda Awal Kehamilan
Wanita akan dapat merasakan beberapa perubahan apabila beliau mulai hamil. Mungkin mereka tidak menyedarinya di awal kehamilan.
3 Tanda Awal Kehamilan;
Tidak datang Haid.
Lewat datang haid dari bulan sebelumnya mungkin petanda anda kini telah hamil. Berkemungkinan juga anda mengalami sedikit pendarahan sekitar waktu yang anda jangka akan didatangi haid.Anda boleh mengambil langkah untuk membuat ujian kehamilan seawal 3hari lewat haid.
Walaubagaimanapun jika kitaran haid anda tidak tetap, petanda ini tidak boleh dijadikan petunjuk
Rasa letih dan mual
Anda mungkin berasa sangat letih tidak mengira waktu, bukan sahaja malam tapi mungkin juga pada siang hari. Dan perasaan mual boleh datang pada bila-bila waktu sahaja. Rasa letih dan mual ini juga boleh dikaitkan dengan simptom 'morning sickness'.
Mengalami emosi luar biasa disebabkan oleh perubahan hormon.
Ada wanita yang begitu mudah tersentuh hatinya diperingkat ini. Suami, keluarga atau rakan sekeliling mungkin akan mendapati mereka tidak lagi boleh bergurau seperti biasa. Perubahan hormon secara drastik menyebabkan wanita tidak mampu mengawal emosi mereka.
Perasaan tidak selesa terhadap bau-bauan juga boleh terjadi pada wanita hamil. Banyak juga terjadi, isteri tidak tahan dengan bau perfume suaminya.
Jika anda alami beberapa petanda di atas, pastikan anda membuat ujian kehamilan dengan segera. Doktor anda boleh menguji sampel air kencing anda. Hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin) akan wujud dalam urin anda jika anda benar-benar hamil.

Tuesday, September 10, 2013
Vitamin Ibu Hamil : Vitamin Pranatal Untuk Kehamilan Sihat
Ini adalah video menunjukkan vitamin ibu hamil yang telah digunakan oleh ribuan wanita hamil di Malaysia.
Alhamdulillah, setiap ibu hamil yang mengambil Set Kehamilan Shaklee memberikan feedback yang sangat positif. Jom kita berkenalan dengan vitamin-vitamin yang dikhaskan untuk ibu hamil ini.
Rangkaian vitamin yang membantu memenuhi keperluan nutrisi dan tubuh seorang ibu hamil. Kehamilan yang sihat membantu ibu melahirkan anak yang sihat dan cergas. Kesihatan ibu turut terjamin membolehkan proses bonding ibu dan anak dengan lebih baik
Jom tengok video ni :)
(✿◠‿◠) sayang sokmo
Lydzar Rusman | lydzar@gmail.com
013 3583424
http://hamilatoz.blogspot.com | Hamil A to Z
Alhamdulillah, setiap ibu hamil yang mengambil Set Kehamilan Shaklee memberikan feedback yang sangat positif. Jom kita berkenalan dengan vitamin-vitamin yang dikhaskan untuk ibu hamil ini.
Rangkaian vitamin yang membantu memenuhi keperluan nutrisi dan tubuh seorang ibu hamil. Kehamilan yang sihat membantu ibu melahirkan anak yang sihat dan cergas. Kesihatan ibu turut terjamin membolehkan proses bonding ibu dan anak dengan lebih baik
Jom tengok video ni :)
(✿◠‿◠) sayang sokmo
Lydzar Rusman | lydzar@gmail.com
013 3583424
http://hamilatoz.blogspot.com | Hamil A to Z
Subscribe to:
Posts (Atom)